سْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ketika
di medan Perang Badar, Abdurrahman bin Auf didatangi dua orang remaja dari kaum
Anshar, iaitu Muaz bin Amr Al-Jamuh dan Muawwiz bin Afra.
Masing-masing berumur 14 tahun dan 13 tahun. Kedua duanya datang memikul
sebilah pedang. Kedua-dua remaja tersebut datang menemui sahabat besar
Rasulullah ini semata-mata untuk memberitahu niat mereka untuk membunuh Abu
Jahal.
Dalam
keadaan hiruk-pikuk pertempuran, Abdurrahman bin Auf berteriak, “Wahai anak,
kamu masih terlalu muda untuk terlibat di peperangan ini, sebaiknya engkau
menjauhkan diri dari tempat ini”.
Namun,
kedua-dua belia tersebut tidak berganjak malah membalas kata-kata Abdurrahman
bin Auf,
“Kami
mendapat izin daripada ibu dan ayah kami bagi menyertai pasukan Muhammad,”
teriak Muaz.
“Saya
datang ke sini hanya untuk membunuh Abu Jahal. Tunjukkan dimana dia?” Kata
Muawwiz dengan penuh semangat.
Pada
mulanya Abdurrahman bin Auf tidak menghiraukan kata-kata dua remaja tersebut,
tetapi Muaz dan Muawwiz terus mendesaknya supaya menunjukkan di mana Abu Jahal
dan bagaimana wajahnya. Melihat kesungguhan mereka, Abdurrahman bin Auf
terpaksa akur.
“Saya
akan tunjukkan kepada kamu di mana Abu Jahal, tetapi boleh tahu apa yang akan
kamu lakukan apabila berjumpa dengannya? tanya Abdurrahman bin Auf.
“Ibu
saya berpesan jangan pulang ke rumah selagi kepala Abu Jahal tidak diceraikan
dari badannya,” jawab Muaz bersungguh sungguh.
“Abu
Jahal menghina serta menyakiti Rasulullah, saya ingin membunuhnya,” sambung
Muawwiz pula.
Abdurrahman
bin Auf tersenyum mendengar kata-kata dari dua orang remaja yang berani itu.
Dia berjanji akan menunjukkan Abu Jahal apabila berjumpa.
Abdurrahman
bin Auf diserang
Tiba
tiba seorang tentara Quraisy menyerang Abdurrahman bin Auf dari belakang. Muaz
dan Muawwiz yang melihat kejadian itu segera bertindak melindunginya. Muaz
dengan cepat menebas kaki tentara Quraisy tersebut sehingga menyebabkan dia
tersungkur. Muawwaiz pula bertindak menikamnya hingga mati. Melihat insident tersebut,
timbul rasa kagum di hati Abdurrahman bin Auf terhadap dua remaja tersebut.
“Tunjukkan
kepada kami di mana Abu Jahal,” kata Muaz seolah-olah tidak sabar lagi hendak
bertemu dengan ketua pasukan Quraisy itu.
Abu
Jahal berjaya ditemui
Tiba
tiba Abdurrahman bin Auf melihat Abu Jahal sedang berada di bawah sepohon kayu
yang agak rendang. Musuh Allah dan Rasul itu menunggang kuda sambil berteriak
memberi kata kata semangat kepada pasukannya agar terus berjuang.
“Itulah
lelaki yang kamu cari. Tetapi kamu haruslah berhati-hati kerana dia juga
seorang pahlawan Quraisy”, kata Abdurrahman bin Auf.
“Terima
kasih pakcik. Saya akan dapatkan dia sekarang,” ujar Muaz sambil berlari ke
arah Abu Jahal.
“Saya
akan membantunya membunuh lelaki yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya itu,” kata
Muawwiz juga.
“Berhati-hati
kerana dia dilindungi oleh pasukan Quraisy,” pesan Abdurrahman bin Auf. Dia
sendiri tidak dapat membantu kerana sedang berhadapan dengan pulushan tentara
Quraisy yang menyerangnya.
Dua
Belia Yang Berani
Muaz
dan Muawwiz terus berlari ke arah Abu Jahal yang masih berada di atas kudanya,
mereka berlari tanpa menghiraukan keselamatan mereka. Ketika itu, Abu Jahal
tidak menyedari akan kedatangan dua remaja tersebut. Muaz tiba terlebih dahulu
namun dia tidak dapat menebas kaki Abu Jahal. Maka, Muaz bertindak menebas kaki
kanan kuda yang dinaiki Abu Jahal sehingga menyebabkan kuda tunggangan Abu
Jahal jatuh tersungkur.
Abu
Jahal turut sama tersungkur ke tanah. Dalam keadaan penuh amarah, Abu Jahal
mencuba untuk bingkas bangun tetapi sepantas kilat Muaz menebas kaki kanan Abu
Jahal sehingga putus. Muawwiz menyusul lalu memukul kepala Abu Jahal sehingga
lemah longlai.
Muawwiz
Syahid
Ikramah
iaitu anak Abu Jahal(ketika itu masih belum Islam) kebetulan berada di situ
segera menolong dan melindungi bapanya. Ikramah bertindak menyerang balik Muaz
dan menebas tangan kiri remaja itu hingga hampir putus, Muaz terjerembab ke
tanah. Muaz berusaha lari namun dibiarkan oleh Ikrimah kerana dia melihat
Muawwiz menghampiri bapanya untuk membunuhnya.
Maka
terjadi pertarungan di antara seorang dewasa dengan seorang remaja belasan
tahun. Apalah yang mampu dilakukan oleh Muawwiz selain daripada terus diasak
secara agresif oleh Ikrimah tanpa mempunyai peluang untuk menyerang balas.
Muawwiz akhirnya syahid di tangan Ikrimah.
Muaz
Menemui Rasulullah saw
Muaz
yang berhasil meloloskan diri terus berlari menemui Rasulullah saw. Tetapi,
Muaz terasa terganggu dengan tangan kiri beliau yang terkulai ditebas Ikrimah
sebentar tadi. Muaz tanpa berfikir panjang terus memutuskan tangan kirinya yang
terkulai. Muaz lalu berkata
“Wahai
tangan, kamu mengganggu perjalananku untuk menemui Rasulullah”.
Selepas
itu, Muaz terus berlari mencari Rasulullah dalam keadaan kesakitan yang amat
sangat. Akhirnya beliau berjaya menemui Rasulullah yang pada ketika itu sedang
segit bertempur. Tanpa menghiraukan kesakitannya Muaz terus berlari hingga
berjaya memeluk Rasulullah saw.
“Wahai
Rasulullah, saya dan Muawwiz berhasil membuatkan Abu Jahal cedera parah, tetapi
dia masih hidup kerana kami telah dihalang oleh anaknya bernama Ikrimah dan
beberapa tentera pasukan Quraisy.” Beritahu Muaz lalu menunjukkan posisi mana
Abu Jahal sedang berada.
Abdullah
Ibnu Mas’ud membunuh Abu Jahal
Nabi
Muhammad memanggil Abdullah Ibnu Mas’ud ra yang berada di situ kerana
gilirannya mengawal Rasulullah saw. Beliau lalu menyuruh Ibnu Masud mencari Abu
Jahal untuk mengakhiri riwayatnya.
“Wahai
Ibnu Masud, anak ini memberitahu dia telah membuat Abu Jahal terluka, pergilah
dan lihatlah dia disana,” sabda Rasulullah.
Abdullah
ibnu Mas’ud segera mencari Abu Jahal. Didapatinya pimpinan Quraisy itu
mengalami luka yang cukup parah namun masih bernyawa. Tanpa rasa belas kasihan
Abdullah bin Mas’ud menekan leher Abu Jahal sambil berkata,” Wahai musuh Allah
dan musuh Rasul-Nya, pada hari ini Allah swt menghinamu.”
“Dengan
apa Allah menghina aku? Apakah kerana aku mati ditangan engkau? Tanya Abu Jahal
yang masih menunjukkan kesombongannya.
Abdullah
ibnu Mas’ud mengangkat pedang hendak memenggal kepala Abu Jahal, tetapi Abu
Jahal berujar,”Sebelum engkau membunuh aku, beritahu dahulu pihak mana yang
memenangi pertempuran ini, milik siapakah kemenangan hari ini?”
“Pasukan
Quraisy kalah, kemenangan itu milik Allah dan Rasul-Nya,” Jawab Abdullah bin
Mas’ud.
“Anda
dusta wahai pengembala kambing!” kata Abu Jahal yang menunjukkan sikap
angkuhnya walaupun situasi sedang genting.
Tanpa
ada melengahkan waktu, pedang Abdullah ibnu Mas’ud terus menebas kepala Abu Jahal.
Berita
Abu Jahal terbunuh tersebar
Berita
terbunuhnya Abu Jahal dengan cepat disampaikan kepada pasukan Islam. Mendengar
berita tersebut, semangat juang mereka semakin membara. Manakala, bagi pihak
Musyrikin, berita tersebut menghancur-luluhkan semangat mereka.
Rasulullah
saw mendengar berita kematian Abu Jahal daripada Abdullah bin Mas’ud ra,
baginda bersabda,
”Wallahi,
Laa ilaha illaLLah , Laa ilaha illaLLah, Laa ilaha illaLLah, Allahu Akbar,
AlhamduliLLah, Dia yang memenuhi janjiNya dengan menolong hambaNya dan
mengalahkan musuhNya.”
Begitulah
kematian musuh Allah dan Rasul. Abu Jahal mati dalam keadaan yang cukup hina
walaupun pada ketika itu beliau termasuk manusia yang dihormati kaumnya. Beluau
mempunyai kekayaan yang melimpah ruah tetapi Allah swt tetap mengotakan
janjinya untuk menghinakan dirinya.
Segalanya
bermula dengan serangan dua orang remaja dibawah umur. Segala kekuatannya
hilang atas izin Allah swt.
Ia
adalah bukti nyata bahawa dengan kekuatan iman dan jihad, siapa sahaja mampu
untuk mengalahkan kekuatan musuh miskipun musuh adalah individu paling hebat
dan kejam pada zamannya. Kisah dua pemuda ini wajar dijadikan tauladan kepada
generasi muda pada masa kini.
Ya
Allah kuatkanlah Islam dengan generasi yang Engkau redhai, dan munculkanlah kekuatan
Islam dari munculnya pemuda-pemuda muslim seperti Muaz bin Amr Al-jamuh, dan
Muawwiz bin Afra.
ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ
وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tidak ada komentar:
Posting Komentar